Friday, October 9, 2009

Give KPI for CEC staff....

Pertama, tentang L.O. Saya menerima sms dari En.Ramli pemgusaha bas sewa. Dua kali sms saya terima dari beliau tentang pembayaran L.O tersebut.

Sebaik sahaja kami (rka) balik dari lawatan ke K.Lumpur, pemandu bas dah meminta bantuan saya untuk menghantar L.O untuk bas sewa lawatan ke Kilang Sindora Kluang. Saya dah bagitau untuk L.O K.Lumpur belum boleh dapat cepat. Untuk L.O ke Kluang saya bantu beliau untuk maklumkan pada kakitangan CEC yang menguruskan tentang L.O ini.

Amanah saya untuk maklumkan perkara itu pada kakitangan CEC sudah pun saya sampaikan. Kemudian, sebelum hari raya saya terima sms dari En.RAmli bertanyakan status L.O tersebut. Saya pun beritahu bahawa saya telah pun maklumkan perkara ini pada kakitangan CEC.

Minggu lepas saya terima lagi sms dari En.Ramli. Bertanyakan perkara yang sama. Minggi ini, saya terima lagi sms yang sama.

Saya sudah maklumkan bukan hanya bercakap bersemuka, telefon dan sms kepada kakitangan CEC tersebut. Malah, saya hantar lagi pesanan ini melalui walls facebook dan message facebook.

Apa lembab kakitangan ini..!! KPI wajar diberi pada kakitangan ini. Tidak proaktif, tidak memahami kehendak pelanggan, tidak memahami situasi urusan perniagaan, tidak mampu mengurus masa dan mentadbir hal-hal pejabat.

Kedua, elaun para pelajar INSEP fasa 1, 2009, sekali lagi lambat untuk bulan ini. Kami para pelajar telah pun tinggal di merata Malaysia. Kami kena bayar duit sewa rumah, duit minyak petrol, duit makan minum dan sara diri, talian prabayar telekomunikasi.

Apakah wajar kami memberi KPI kepada kakitangan ini...

Langkah seterusnya, mendedahkan perkara ini kepada khalayak umum. Melalui media, blog dan penulisan yang berkesan.

Terima kasih puan, kerana sudi membaca rintihan hati ini.

No comments:

Post a Comment