Wednesday, January 13, 2010

Poster & Penanda Buku Aktiviti


Poster Aktiviti.



Penanda Buku.

"Sejarah bakal dicipta... Menjadi isu yang sibuk diperkatakan sepanjang tahun 2010" kata Eddy.

Tuesday, January 12, 2010

Panduan Aktiviti


Langkah Pertama.


Langkah Kedua.


Langkah Ketiga.


Langkah Keempat.


Langkah Kelima.

Aktiviti Hari Sabtu Ini.




Assalamualaikum....

Kepada sahabat-sahabat RKA yang ada di sekitar Lembah Klang. Saya akan turut bersama-sama menyertai aktiviti kempen Baca@lrt pada hari Sabtu ini. Saya sendiri akan berada di Terminal Putra dalam pukul 9.00 pagi.

Mari, ikut serta. Kemudian Kita akan lakukan aktiviti sendiri bersama-sama rakan-rakan RKA pula. Boleh bawa kamera atau video kamera untuk kita rakamkan aktiviti penuh sejarah ini.

Bakal menjadi perhatian umum dan acara bulanan yang akan dikembang biak ke lokasi-lokasi lain.

Sekali lagi, saya doakan rakan-rakan RKA sihat ceria dan dapat mendapat kerja yang sesuai demi mencari rezeki yang halal.

Terima kasih.
(Wahyudi Mohd Yatim)

Friday, January 8, 2010

Next Activiti. Jom, siapa mahu ikut serta?

Baca@lrt

Assalamualaikum, saya juga akan ikut serta aktiviti ini. Siapa mahu ikut?

Tuan dan Puan yang dimuliakan. Terima kasih atas sokongan yang diberikan bagi usaha sulung kita pada 16 Januari ini iaitu Baca@LRT, satu usaha 'indie' bagi menggalakkan aktiviti membaca dalam LRT tanpa mengira apa bentuk bacaan sekalipun.



Kita percaya dengan aktivit gila-gila ini akan menimbulkan keresahan dan kegelisahan kepada penumpang LRT pada masa akan datang apabila tidak ada bahan bacaan di tangan tidak kira sama ia sebuah buku, akhbar, risalah atau apa sahaja. Tambahan lagi apabila majoriti penumpang membaca.


Mohon izin kepada tuan dan puan bagi mengisi info ringkas di sini http://bit.ly/8sq4Ao bagi mengesahkan jumlah yang akan turun pada 16 Januari 2010 bagi usaha Baca@LRT.


Informasi adalah bagi memudahkan tim Baca@LRT melihat pattern jumlah yang pasti hadir pada tarikh tersebut untuk tindakan susulan.


Insya Allah semoga dipermudahkan.

Tuan dan Puan adalah pencipta sejarah penting kepada usaha ini.

Tentatif lengkap akan dimaklumkan.

Isinkan borang info ringkas di sini http://bit.ly/8sq4Ao



Nota: Sokongan ramai program 16 Januari di LRT Terminal Putra pada jam 9.45 pagi. Bawa buku kegemaran masing-masing. Ingin hadir dan sama-sama membaca di LRT, sertai Fan Page Baca@LRT di Facebook agar informasi baru akan disampaikan segera kepada semua.

Gemuruh - FT

»-(¯'v'¯)-»GEMURUH»-(¯'v'¯)-»


bila bertalu rentak dikalbu
hasrat yang tersirat semakin kuburu
bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadiku berganda


gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkerlipan
menyerlah jauh dari yang biasa


bila bertalu rentak dikalbu
hasrat yang tersirat semakin kuburu
bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadiku berganda


gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkerlipan
menyerlah jauh dari yang biasa


ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya pasti kan terbukti nanti


gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkerlipan
menyerlah jauh dari yang biasa


gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkerlipan
menyerlah jauh dari yang biasa
menyerlah jauh dari yang biasa

7 hari sudah berlalu di tahun 2010

Saya rasa terpanggil-panggil untuk mengemas kini blog ini. Dalam kita tidak sedar, kita telah lalui tujuh hari di dalam tahun 2010.


Sahabat-sahabat RKA atau lebih selesa dan lembut jika saya taip perkataan adik-adik di sini.



Bagaimana dengan kehidupan adik-adik, saudara/i yang telah selesai menjalani Latihan Industri? Ada yang saya masih dapat berhubung di dalam Facebook. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Suliana, Linda dan Ina yang senantiasa dapat dihubungi dalam Facebook. Walaupun kalian hanya sekadar melayan FarmVille, FishVille, CafeWorld dan pelbagai lagi permainan interaktif yang ada dalam Facebook.



Untuk pengetahuan kalian, Cik Fazita juga suka melihat blog kita. Beliau sangat suka mengetahui perkembangan kalian. Sebagaimana yang kalian serba maklum Kak Cik (Kamariah) sudah pun berumahtangga dan beliau sekarang telah menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.



Kepada Ridzwan Al-Hafiz, Zam dan Shamsul, terima kasih kerana bersama-sama kita ke rumah pengantin Kak Cik tahun lepas.



Asyik cerita hal orang lain... hehehe... Hal sendiri tak nak cerita.

Baiklah, saya sekarang sudah bertugas di Jabatan Pemasaran PTS. Pada 14 Disember yang lalu saya sudah pun menandatangi surat jawatan kerja di PTS. Rasanya kalian tahu apa itu syarikat PTS. Maklumat lanjut untuk tahu apa itu PTS boleh lawati website ini http://www.pts.com.my


Selepas selesai tempoh Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang. Saya akan memulakan projek baru dengan menguruskan projek Kelab Buku PTS. Kelab ini bertujuan untuk mengumpulkan peminat-peminat buku terbitan PTS. Terdapat pelbagai faedah yang akan disediakan. Nantikan, maklumat ini dari semasa ke semasa di Facebook, website UNIKA, blog saya sendiri atau website PTS.
Blog saya http://wahyudeen.blogspot.com



Kalian mahu apa tugas saya lagi di PTS. Selalulah buka Facebook. Ini kerana PTS menggunakan medium Facebook sebagai platform untuk menyampaikan maklumat terkini tentang buku-buku baru yang akan diterbitkan.


Saya juga sedang buat kajian dalam beberapa topik semasa yang ada disekeliling saya untuk menghasilkan fiksyen atau karya tulisan saya. Jika kalian berminat untuk berkongsi idea-idea bersama saya. Mari, kita mulakan langkah ini.


Saya telah menampal Cbox di sisi blog ini, supaya kalian dapat meninggalkan pesanan ringkas selepas melawat blog ini. Walaupun kalian tidak dapat menaip sepanjang karangan ini, saya rasa berbesar hati sangat dapat membaca catatan ringkas kalian di sisi blog ini.


Kukuhkan jalinan persahabatan kita ini di sini. Walaupun kita sudah tidak dapat bersua muka sekerap dahulu tetapi kita dapat bersua ayat dan cerita kalian di dalam blog ini.


Akhir kata, salam sayang daripada saya di sini. Berjumpa kita dalam Facebook atau Yahoo Messager.

Sekian. Terima kasih.

Sunday, December 27, 2009

Selamat Tahun Baru 2010 / Hijrah 1431

Assalamualaikum.

Saya doakan kepada seluruh sahabat-sahabat INSEP RKA semoga sihat ceria dan cergas sepanjang hari.

Hari-hari yang kita lalui dalam tahun 2009 akan berlabuh tidak lama lagi.

Tahun baru masihi 2010 akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Harapan agar segala yang telah dirancang dalam tahun 2009 telah tercapai.

Maka, azam baru di tahun baru akan muncul semula. Apa azam tahun baru kalian? Moga-moga dapat kita kongsikan bersama di sini. Ini kerana kehidupan itu adalah suatu perkongsian.


Mana mungkin kita boleh hidup seorang diri tanpa bantuan daripada manusia lain. Walaupun kita sudah agak jarang bersua muka dan berbual bersama-sama tetapi kita masih tetap mampu berkongsi kisah perjalanan hidup masing-masing di alam cyber ini.

Untuk pengetahuan semua, saya sudah memulakan tugas di Jabatan Pemasaran PTS. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa itu PTS.


PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera yang menerbitkan buku-buku bahasa melayu. Pelbagai tajuk dan kategori buku yang telah diterbitkan dan sudah sedia dibeli di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.


Syarikat ini cukup komited memartabatkan bahasa melayu sebagai medium bahasa ilmu dan bahasa perdagangan. Saya di sini juga merasa aura kesungguhan ini dan terpanggil-panggil untuk bersama menjadikan bahasa melayu ini adalah bahasa nusantara yang unggul di persada dunia.


Saya percaya rakan-rakan boleh mengikuti perkembangan saya dan syarikat PTS ini di laman sesawang ini:-

http://www.pts.com.my atau boleh membeli di

http://www.bookcafe.com.my

Sekali lagi, saya berdoa kepada kalian agar terus memburu cita-cita dan mencapai segala impian hidup. Bersama kita menjadi masyarakat yang menjadikan ilmu sebagai teras kemajuan bangsa.

Saya juga mohon ampun dan maaf jika sepanjang perkenalan kita pada tahun 2009 telah menimbulkan rasa tidak puas hati, berkecil hati atau terguris hati, saya sekali lagi mohon ampun dan maaf.

Kita bina harapan, impian dan laksanakan matlamat itu dalam tahun 2010 dengan rasa syukur dan penuh bersemangat.

Sekian, terima kasih.