Sunday, December 27, 2009

Selamat Tahun Baru 2010 / Hijrah 1431

Assalamualaikum.

Saya doakan kepada seluruh sahabat-sahabat INSEP RKA semoga sihat ceria dan cergas sepanjang hari.

Hari-hari yang kita lalui dalam tahun 2009 akan berlabuh tidak lama lagi.

Tahun baru masihi 2010 akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Harapan agar segala yang telah dirancang dalam tahun 2009 telah tercapai.

Maka, azam baru di tahun baru akan muncul semula. Apa azam tahun baru kalian? Moga-moga dapat kita kongsikan bersama di sini. Ini kerana kehidupan itu adalah suatu perkongsian.


Mana mungkin kita boleh hidup seorang diri tanpa bantuan daripada manusia lain. Walaupun kita sudah agak jarang bersua muka dan berbual bersama-sama tetapi kita masih tetap mampu berkongsi kisah perjalanan hidup masing-masing di alam cyber ini.

Untuk pengetahuan semua, saya sudah memulakan tugas di Jabatan Pemasaran PTS. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa itu PTS.


PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera yang menerbitkan buku-buku bahasa melayu. Pelbagai tajuk dan kategori buku yang telah diterbitkan dan sudah sedia dibeli di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.


Syarikat ini cukup komited memartabatkan bahasa melayu sebagai medium bahasa ilmu dan bahasa perdagangan. Saya di sini juga merasa aura kesungguhan ini dan terpanggil-panggil untuk bersama menjadikan bahasa melayu ini adalah bahasa nusantara yang unggul di persada dunia.


Saya percaya rakan-rakan boleh mengikuti perkembangan saya dan syarikat PTS ini di laman sesawang ini:-

http://www.pts.com.my atau boleh membeli di

http://www.bookcafe.com.my

Sekali lagi, saya berdoa kepada kalian agar terus memburu cita-cita dan mencapai segala impian hidup. Bersama kita menjadi masyarakat yang menjadikan ilmu sebagai teras kemajuan bangsa.

Saya juga mohon ampun dan maaf jika sepanjang perkenalan kita pada tahun 2009 telah menimbulkan rasa tidak puas hati, berkecil hati atau terguris hati, saya sekali lagi mohon ampun dan maaf.

Kita bina harapan, impian dan laksanakan matlamat itu dalam tahun 2010 dengan rasa syukur dan penuh bersemangat.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment