Friday, January 8, 2010

7 hari sudah berlalu di tahun 2010

Saya rasa terpanggil-panggil untuk mengemas kini blog ini. Dalam kita tidak sedar, kita telah lalui tujuh hari di dalam tahun 2010.


Sahabat-sahabat RKA atau lebih selesa dan lembut jika saya taip perkataan adik-adik di sini.



Bagaimana dengan kehidupan adik-adik, saudara/i yang telah selesai menjalani Latihan Industri? Ada yang saya masih dapat berhubung di dalam Facebook. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Suliana, Linda dan Ina yang senantiasa dapat dihubungi dalam Facebook. Walaupun kalian hanya sekadar melayan FarmVille, FishVille, CafeWorld dan pelbagai lagi permainan interaktif yang ada dalam Facebook.



Untuk pengetahuan kalian, Cik Fazita juga suka melihat blog kita. Beliau sangat suka mengetahui perkembangan kalian. Sebagaimana yang kalian serba maklum Kak Cik (Kamariah) sudah pun berumahtangga dan beliau sekarang telah menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.



Kepada Ridzwan Al-Hafiz, Zam dan Shamsul, terima kasih kerana bersama-sama kita ke rumah pengantin Kak Cik tahun lepas.



Asyik cerita hal orang lain... hehehe... Hal sendiri tak nak cerita.

Baiklah, saya sekarang sudah bertugas di Jabatan Pemasaran PTS. Pada 14 Disember yang lalu saya sudah pun menandatangi surat jawatan kerja di PTS. Rasanya kalian tahu apa itu syarikat PTS. Maklumat lanjut untuk tahu apa itu PTS boleh lawati website ini http://www.pts.com.my


Selepas selesai tempoh Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang. Saya akan memulakan projek baru dengan menguruskan projek Kelab Buku PTS. Kelab ini bertujuan untuk mengumpulkan peminat-peminat buku terbitan PTS. Terdapat pelbagai faedah yang akan disediakan. Nantikan, maklumat ini dari semasa ke semasa di Facebook, website UNIKA, blog saya sendiri atau website PTS.
Blog saya http://wahyudeen.blogspot.com



Kalian mahu apa tugas saya lagi di PTS. Selalulah buka Facebook. Ini kerana PTS menggunakan medium Facebook sebagai platform untuk menyampaikan maklumat terkini tentang buku-buku baru yang akan diterbitkan.


Saya juga sedang buat kajian dalam beberapa topik semasa yang ada disekeliling saya untuk menghasilkan fiksyen atau karya tulisan saya. Jika kalian berminat untuk berkongsi idea-idea bersama saya. Mari, kita mulakan langkah ini.


Saya telah menampal Cbox di sisi blog ini, supaya kalian dapat meninggalkan pesanan ringkas selepas melawat blog ini. Walaupun kalian tidak dapat menaip sepanjang karangan ini, saya rasa berbesar hati sangat dapat membaca catatan ringkas kalian di sisi blog ini.


Kukuhkan jalinan persahabatan kita ini di sini. Walaupun kita sudah tidak dapat bersua muka sekerap dahulu tetapi kita dapat bersua ayat dan cerita kalian di dalam blog ini.


Akhir kata, salam sayang daripada saya di sini. Berjumpa kita dalam Facebook atau Yahoo Messager.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment