Wednesday, November 4, 2009

Kehangatan Peraduan Semakin dirasai.




Petikan dari www.pts.com.my

Inilah rupa sebenar kotak peraduan yang bakal diletakkan di kedai-kedai buku terpilih yang turut serta dalam peraduan.
Kotak ini akan mula dihantar ke kedai-kedai buku terlibat mulai hari ini.
Bagi anda yang membeli buku, jangan lepaskan peluang menyertai peraduan dengan mengisi borang peraduan yang ada di kedai buku ataupun muat turun daripada laman web peraduan ini.
Kemudian, masukkan borang peraduan itu ke dalam kotak peraduan yang tersedia di atas kaunter bayaran kedai buku terlibat.
Desain kotak peraduan ini dihasilkan oleh Tuan Hisham Salmin, pengarah seni, Jabatan Pemasaran PTS.





Contoh T-shirt yang akan dipakai sepanjang peraduan berlangsung.

Begitu Serasi

Assalamualaikum, Semua Sahabat-sahabat RKA INSEP fasa 1, UTHM.

Saya doakan kalian semua berada dalam keadaan sihat wal'afiat, ceria cergas dan ceria. Wadah yang ada dalam blog ini memberi ruang kepada saudara & saudari sekalian mengetahui tentang aktiviti-aktiviti Syarikat PTS, iaitu syarikat di mana saya menjalani Latihan Industri. Agak keterlaluan, jika saya mengatakan saya adalah seorang yang begitu aktif mengemaskini blog ini.Bukan untuk terlalu mendedahkan apa yang patut dibanggakan tetapi hanya sekadar berkongsi maklumat.

Ini semua dilakukan dengan niat untuk sama-sama kita senantiasa berhubung dan mengukuhkan silaturrahim yang ada. Saya cukup teruja sepanjang menjalani Latihan Industri di sini. Bukan hanya sekadar menimba ilmu malah mempelbagaikan kemahiran baru yang sepatutnya ada dalam diri saya. Perkara yang cukup membanggakan saya ialah komitmet rakan-rakan RKA yang senantiasa berhubung melalui aplikasi facebook.

Teruskan perhubungan ini, dan perkukuhkan silaturrahim antara kita. Secara kebetulan pula, warna baju korporat RKA ialah jingga, hitam & putih nampak serasi dengan tema warna Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang!

Marilah kita sama-sama mendokong hasrat, visi dan misi PTS untuk memandaikan bangsa melalui media cetak. Saya mengalu-alukan rakan-rakan yang berminat untuk menulis, menghasilkan karya kreatif dengan terbitan Syarikat PTS. Sertai kursus-kursus yang di anjurkan oleh Pengasas Syarikat PTS, iaitu Puan Ainon Mohd.


daripada: Wahyudi bin Mohd Yatim
nombor telefon: 016 327 7515
email: wahyudi012@gmail.com

Petikan Info dari UniversitiPTS

PTS Menubuhkan Unit Al-Quran

Pengurus PTS Islamika Sdn. Bhd., Tn. Faris Hasbullah memberitahu bahawa syarikat beliau sudah menubuhkan unit khas yang memfokuskan aktivitinya menerbitkan (i) pelbagai edisi al-Quran, (ii) Quran-Quran terjemahan, dan (iii) tafsir-tafsir Quran.

Sebagai permulaan adalah projek: (i) Terjemahan Quran ke dalam bahasa Iban dan (ii) Terjemahan Quran ke dalam bahasa Kadazan-Dusun. Dua projek ini sudah dimulakan.

Penubuhan unit ini memerlukan tenaga editorial yang pakar dalam (i) ilmu pengajian Quran, (ii) fasih membaca teks Arab dan (iii) menguasai Bahasa Melayu Tinggi dengan amat baik.

Petikan Info dari UniversitiPTS

Visi, Misi dan Dasar-dasar Korporat PTS

Setiap bisnes mempunyai dasar bisnes. Ada peniaga yang tidak menceritakan dasar bisnes mereka secara terang-terangan kepada kakitangannya, manakala ada yang melakukan hal itu secara rasmi.

PTS menerangkan secara rasmi kepada staf dasar-dasar bisnesnya. Tugas ini dilakukan oleh Akademi Latihan Penerbitan PTS (Akademi-PTS).

1. Visi PTS: Menjadi syarikat media ilmu yang sahamnya diperdagangkan di papan pertama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

2. Misi PTS: Menjadi penerbit bahan-bahan ilmu yang memandaikan bangsa.

3. Dasar perniagaan PTS: Mengamalkan urusniaga yang (i) bebas-rasuah dan (ii) syariah-compliant, (iii) membolehkan rakan-rakan niaganya sama-sama membuat keuntungan.

4. Dasar editorial PTS: Menerbitkan bahan-bahan bacaan yang (i) memandaikan bangsa, (ii) syariah-compliant dan (iii) menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

5. Budaya kerja PTS adalah:

(i) Mengutamakan kemahiran kooperatif dan saling hormat menghormati antara satu sama lain,

(ii) Mengutamakan kepentingan, kebaikan dan kebajikan pembeli dan pembaca produk-produk PTS,

(iii) Menghargai, memupuk dan melindungi bakat-bakat yang dimiliki oleh setiap anggota staf dan karyawan PTS,

(iv) Mengongsikan dan mengagihkan dengan adil keuntungan perniagaan dengan pemilik saham, staf, karyawan, agen dan pembeli produk-produk PTS,

(v) Membantu dan menolong penerbit-penerbit lain membangun dan mengembangkan bisnes mereka.